Tuesday, May 20, 2014

Sembahyang bagi orang sakit

Apa itu taklid dan taksub sesuatu kumpulan.

Sebelum belajar Hadis fahami apa yang ingin disampaikan oleh Maulana Asri mengenai pendapat Mazhab.


Thursday, August 15, 2013

Belajar baiki Mesin Basuh

Salam semua, asalnya mesin basuh telah buat hal, tak mahu masuk air bila on. Pada bulan ramadhan ni  campur nak raya dah dekat banyak nak pakai rm .. saya pun tanya lah pakcik google ...rupanya jumpa punca kerosakannya iaitu solenoid valve telah rosak.
solenoid valve                                                                                                                                                        


Terus ke kedai repair mesin basuh & tanyakan alatganti itu,  inilah rupanya solenoid valve tu kalau dekat kedai baiki mesen basuh harga barang  yang terpakai antara Rm 40 - 60. tapi kalau mesin basuh tu dihantar ke kedai repair agaknya habis la kos dalam Rm 300.00


Alhamdullillah setelah tukar benda tu air boleh masuk semula,  kos pun jimat.

Monday, March 21, 2011

Kebunku telah menampakkan budinya


Lebih kurang 2 bulan, sayuran ini mula berputik.







Saturday, March 5, 2011

Mengisi Masa cuti di Kampung

Salam untuk semua, sudah lama blog ini tidak dikemaskini kerana sibuk dok buat benda lain. Semasa cuti satu minggu persekolah saya bercuti di kampung, terpikir untuk buat satu aktiviti bagi mengisi masa yang terluang, maka terlintas dihati untuk cuba belajar berkebun.

Langkah pertama aku pergi ke pasar beli biji benih sayur-sayuan seperti timun, sawi, terong dan kacang bendi. kemudian pergi ke kedai yang menjual peralatan pertanian, beli plastik hitam (untuk buat pagar) masa tu Rm 45.00 lebih kurang 30 meter. Plastik poly bag 4 kilo. Satu kilo poly bag anggaran dapat 20 plastik.

Bermula petang tu, aku dan isteri dan anak-anak mulalah operasi belajar berkebun... ni kira bagus juga untuk aktiviti riadah bersama keluarga.



Pada mulanya cuba membuat senaman petang, ni pertama kali cuba untuk berbakti pada tanah.



Minggu pertama:


2 minggu kemudian: Ertinya 3 minggu hayat tanaman ini... ni berkat usaha isteriku yang siram 2 kali sehari, pagi sekali dan petang sekali, bab kata orang kalau bagi makan cukup dan mandi pun cukup insyallah akan sihat la.


Bila sudah besar macam ni rasa sayang juga pada pokok-pokok ni.. minggu depan dah nak balik Kl, harapnya ada la orang tolong bela tanamanku selepas ni.

Monday, February 22, 2010

Mari Belajar Tajwid



Salam, disini saya ingin berkongsi sedikit makluamat yang saya dapati dari hasil google. Ini kerana kurangnya media pembelajaran ilmu tajwid yang dipublishkan di internet terutamanya didalam bahasa melayu.

Dengan izin Allah hari ini saya telah dapat satu applikasi ringkas yang boleh membantu untuk mengingati dan mempelajari ilmu tajuid ini dan sesuai untuk anak-anak kita. (cuma didalam bahasa Indonesia) diharapkan ianya boleh difahami. Sila download dan install di komputer anda download: Jika anda mempunyai sumber yang lain digalakkan berkongsi disini.